Sunday, November 29, 2009

Tok Sahak sepak Mat Asan

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai dari beberapa pimpinan Cawangan UMNO Taman Tuanku Jaafar, Seremban, mereka melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail telah menempelak ADUN Lenggeng YB Mustapha Salim yang memainkan peranan dalam melantik ketua-ketua kampung yang menetap di luar kawasan. Beliau juga dilaporkan terkejut menerima peringatan dari orang-orang YB Mustapha Salim yang melarang beliau memberi ceramah dalam kawasan Lenggeng.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Datuk Ishak Ismail adalah tokoh UMNO pro Tan Sri Isa Samad yang masih mengekalkan kerusi Ketua Bahagian Seremban. Beliau adalah tokoh kontroversi yang memeningkan YAB Datuk Seri Muhamad Hassan. Dalam perebutan kerusi peringkat Bahagian yang lalu, telah berlaku kekecohan yang menyebabkan beberapa perwakilan cedera akibat dibaling dengan kerusi.

Manakala YB Mustapha Salim adalah salah seorang wakil rakyat UMNO yang dalam siasatan pihak SPRM kerana dituduh menerima rasuah RM3,000 dari seorang kontraktor dan pihak berkenaan dikatakan telah memerangkap beliau ketika suapan itu berlaku. Malangnya, kes rasuah itu telah berlarutan sekian lama dan beberapa pihak mempertikaikan kewibawaan SPRM menangani kes ini.

Seorang ahli veteran PAS mempercayai kelewatan menangani kes rasuah itu ada kaitan dengan sumbangan kewangan Menteri Besar kepada Badan Sukan SPRM negeri.

“ Saya mendapat maklumat, MB sekarang sedang ditekan oleh kumpulan Isa Samad dan tidak mustahil satu rombakan luar biasa yang berlaku tidak lama lagi” dakwa beliau.

Kalangan UMNO pula begitu cemas jika bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad akan kembali mengambil pucuk pimpinan negeri dan Muhamad Hassan dikatakan akan ditarik ke Pusat untuk mengendur keadaan haru-biru dalam kepimpinan UMNO negeri sekarang. Beberapa rombakan yang melibatkan masa depan Ahli Parlimen dari negeri ini juga hangat diperkatakan.

No comments:

Post a Comment