Sunday, November 29, 2009

Sapo MB Kelantan akan datang?


Mungkin tak sesuai kito bincang isu ini, Mahfuz Omar pun dah bideh oghang yang sengajo mainkan persoalan ini. Ese cumo nak menyampuk yo, sebagai ahli Pas kito berhak bercakap dan mengharapkan Pas terus menghintah Kelantan. TG Nik Aziz memang dah uzur dan tuo, kito sayangkan beliau dan kito tau kelobihan beliau sejak terajui negeri Cik Siti Wan Kembang tu.

Bercakap tontang dio, ese nak bawak satu berito yang kigho-kigho boleh shahihlah, iaitu bekas Qadhi yang alim kat Jelobu iaitu Allahyarham Datuk Haji Ahmad dari Kg Jerang, Durian Tipus. Tuan guru ni masa akhir hayatnya ponah berposan kek cucu-cicit ae.. boleh kughang begini cakap dio:

" Esok, kok ado gambar oghang tuo nih dalam surat kabar. Jangan dijadikan tompek makanan kucing lak..." Dio posan gitu. Menurut anak ae, gambar oghang tuo yang dimaksudkan itulah yolah TG Nik Aziz Nik Mat. Kok ado keluar dalam surat kabar gambar dio dan bebudak koyakkan cebisan koteh akhbar tu buek aleh makanan kucing, tak moleh kato dio... maklumlah oghang alim. Ontah apo kelobihan dan maqam dio di sisi Allah.. mungkin qadhi tu dapek merasainya.

TG Nik Aziz bolum mati laie, jadi tak usah kito bincang bab maqam dio, kata oghang selopeh oghang alim tu mati baghu kito bangkitkan bab tu. Tapi apo yang ese nampak kek mato yang dah kabur nih, memang TGNA ni ado sifat-sifat terpuji dan kelobihan segi spiritual. Banyak cakap-cakap dio yang terlopeh biarpun boleh menjejaskan kreditabiliti diri dan parti tetapi tidak mampu dijadikan bahan untuk pihak lawan. Dio jenih 'bojughuih' ( kato oghe Kelante) dan amanah dengan ilmu. Inilah kelobihan seorang alim dan tok guru, sifat yang sukar difahami oleh penjilat UMNO yang idup ateh 3P iaitu Pitih, Pangkat dan Puk*.

Copek nak maso beredar, tup-tup dah kek 20 tahun TGNA peghintah Kelantan. Dulu-dulu, maso oghang Persekutuan sibuk bersiap menghadapi musim banjir bosa.. bertahun-tahun pulak bumi Kelantan tak dilanda bah bosa, kok naik air pun macam mencuci kekotoran bandar KB dan lain-lain tompek yo. Anak buah ese kek Telipot poie bandar main air... lagi satu, apo yang polik tapi bona kek TGNA ni yolah maso kepimpinan Pas kona tokan sakan dek keparat UMNO. UMNO pasang strategi dengan MCA Kelantan untuk pesta minum arak kek KB. Dilaporkan pimpinan Pas pusat dan negeri duduk berjam-jam untuk memikirkan hal ini. Pemuda Pas dah bagi amaran akan jadikan Gua Musang dan Pasir Putih batu nesan bagi hantu-hantu BN. Helikopter dan barua UMNO simpang siur kek KB. Keadaan dikatakan gawat dan memilukan.

Ese donga sendighi Ustaz Dr Daeng Sanusi Mariok cakap, pimpinan berada dalam keadaan tertekan waktu itu. TGNA nak lotak jawatan supaya ada pimpinan lain ambil alih MB sobab jawatan itu bukan hadiah untuk beliau. Beliau akhirnya balik ke rumah meninggalkan lain-lain pimpinan.. maap jika butiran kisah ni tak topat. Agak ae malam hening itu beliau bermunajat kek Tuhan Maha Perkasa ( sodih pulak bila mengenangkan peristiwa nih), dikatakan lepas subuh, beliau berpakaian kemas poie pejabat macam tak ado apo-apo menakutkan... sapo ingat laie? yoooo.... kaum Chino KB berpesta!!!!! PESTA MAKAN DURIAN !! inilah yang terjadi. Banyak laie kisah-kisah yang mencarikkan adat ( luar biasa) berlaku di sanun.. itulah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru, Ulama dan idola pencinta Islam.

Bilo oghang nak bangkitkan sapo akan jadi MB akan datang, ese hibo bercakap perkaro ni. Kok boleh biarlah sampai akhir hayat dio selagi dio sihat dan masih mampu kona alip togak wau bengkok. Ese dulu suko yo kek Ustas Yahya Othman bekas exco Kelantan 1990-1994, dio nih bona-bona berilmu dan istiqomah dengan perjuangan. Hidup begitu sederhana dan tak ambik kesempatan atas jawatannya. Dio adalah naqib pimpinan yang unggul, mano poie ustaz nih?

No comments:

Post a Comment