Wednesday, December 2, 2009

Beruk UMNO dalam agensi kerajaan

Ese ponah donga sendighi dalam mesyuarat2 agensi-agensi kerajaan peringkat daerah dan negeri kek neghori ini, beberapo pegawai kanan kerajaan termasuk YB Umno toghus toghang sobut sifat koboncian mereko terhadap Pas atau warna ijau.
Kok ikut ati memang tosighap daghah walaupun ese ghaso, ese soghang yo dalam majlis2 yang ponah diikut tu. Sebagai contoh maso mesyuarat kek agensi kerajaan berkaitan peladang, ado YB seolah-olah menyindir warna hijau kok boleh agak ae tak nak teghimo warna hijau ciptaan Tuhan nih. Ese tau dio kenen kek oghang yang menyokong Pas. Sikap bongkak dan sombong dio nampak bona, ado pulak pegawai2 agensi spt Mardi, Pertanian dan lain-lain semacam Umno jadi-jadian maso berdopan dongan YB Umno tu.





ini, beboghuk umno!

Yang paling terkodopan dongan poghut buncit dan boyak yolah YB jago pertanian, dio nih ese kigho nak tunjuk lagak lobih dari YAB Mat Asan. Kek Jelobu donga ceghito dio tak malu sogan atau beghani mintak semuo agensi kerajaan atau swasta ikut kehondak dio. Ese jugak memang naik daghah ghaso ae maso donga ucapan keparat YB Chembong yang kughuih melidi kek sebuah hotel, ontah apo sobab dio dimintak merasmikan majlis oleh agensi tertontu sedangkan dio tak ado kono mengono langsung, juhala' Umno nih boto-boto jadikan majlis itu untuk kritik Pas maklumlah baghu balik dari berkempen kek Manik Urai. Dio cakap kerajaan dah bagi peruntukan dan janji bosa untuk rakyat ( agak ae kek Manik Urai) tapi rakyat tak terbukak mato.. dio cakap sikap finatik dan kemunduran minda. Ese donga sendighi betapo busuknyo pemikiran melaun umno nih. Kalau adolah sesi soal jawab aghi tu, nahas budak tu ese asak dongan soalan.

Malang ae, ese tengok pimpinan Pas neghori ni lombab bona untuk tackle golongan belia. Ghamai belia yang masih fresh dan tak dikotori oleh najis dadah Umno terbiar tanpa didokek oleh Pas. Tak do program langsung dan ese tak tau macam mano nak buek untuk kotuk kepalo pimpinan Pas setiap peringkat. Sindrom kebangangan masih menghantui pimpinan, oghang lamo yang berpengalaman disisihkan. Ado kalangan mereko yang teghaso ujub dengan jawatan tak bogaji tu, apo nak jadi nih?




Jangan buek peghangai boghuk

Sunday, November 29, 2009

Sapo MB Kelantan akan datang?


Mungkin tak sesuai kito bincang isu ini, Mahfuz Omar pun dah bideh oghang yang sengajo mainkan persoalan ini. Ese cumo nak menyampuk yo, sebagai ahli Pas kito berhak bercakap dan mengharapkan Pas terus menghintah Kelantan. TG Nik Aziz memang dah uzur dan tuo, kito sayangkan beliau dan kito tau kelobihan beliau sejak terajui negeri Cik Siti Wan Kembang tu.

Bercakap tontang dio, ese nak bawak satu berito yang kigho-kigho boleh shahihlah, iaitu bekas Qadhi yang alim kat Jelobu iaitu Allahyarham Datuk Haji Ahmad dari Kg Jerang, Durian Tipus. Tuan guru ni masa akhir hayatnya ponah berposan kek cucu-cicit ae.. boleh kughang begini cakap dio:

" Esok, kok ado gambar oghang tuo nih dalam surat kabar. Jangan dijadikan tompek makanan kucing lak..." Dio posan gitu. Menurut anak ae, gambar oghang tuo yang dimaksudkan itulah yolah TG Nik Aziz Nik Mat. Kok ado keluar dalam surat kabar gambar dio dan bebudak koyakkan cebisan koteh akhbar tu buek aleh makanan kucing, tak moleh kato dio... maklumlah oghang alim. Ontah apo kelobihan dan maqam dio di sisi Allah.. mungkin qadhi tu dapek merasainya.

TG Nik Aziz bolum mati laie, jadi tak usah kito bincang bab maqam dio, kata oghang selopeh oghang alim tu mati baghu kito bangkitkan bab tu. Tapi apo yang ese nampak kek mato yang dah kabur nih, memang TGNA ni ado sifat-sifat terpuji dan kelobihan segi spiritual. Banyak cakap-cakap dio yang terlopeh biarpun boleh menjejaskan kreditabiliti diri dan parti tetapi tidak mampu dijadikan bahan untuk pihak lawan. Dio jenih 'bojughuih' ( kato oghe Kelante) dan amanah dengan ilmu. Inilah kelobihan seorang alim dan tok guru, sifat yang sukar difahami oleh penjilat UMNO yang idup ateh 3P iaitu Pitih, Pangkat dan Puk*.

Copek nak maso beredar, tup-tup dah kek 20 tahun TGNA peghintah Kelantan. Dulu-dulu, maso oghang Persekutuan sibuk bersiap menghadapi musim banjir bosa.. bertahun-tahun pulak bumi Kelantan tak dilanda bah bosa, kok naik air pun macam mencuci kekotoran bandar KB dan lain-lain tompek yo. Anak buah ese kek Telipot poie bandar main air... lagi satu, apo yang polik tapi bona kek TGNA ni yolah maso kepimpinan Pas kona tokan sakan dek keparat UMNO. UMNO pasang strategi dengan MCA Kelantan untuk pesta minum arak kek KB. Dilaporkan pimpinan Pas pusat dan negeri duduk berjam-jam untuk memikirkan hal ini. Pemuda Pas dah bagi amaran akan jadikan Gua Musang dan Pasir Putih batu nesan bagi hantu-hantu BN. Helikopter dan barua UMNO simpang siur kek KB. Keadaan dikatakan gawat dan memilukan.

Ese donga sendighi Ustaz Dr Daeng Sanusi Mariok cakap, pimpinan berada dalam keadaan tertekan waktu itu. TGNA nak lotak jawatan supaya ada pimpinan lain ambil alih MB sobab jawatan itu bukan hadiah untuk beliau. Beliau akhirnya balik ke rumah meninggalkan lain-lain pimpinan.. maap jika butiran kisah ni tak topat. Agak ae malam hening itu beliau bermunajat kek Tuhan Maha Perkasa ( sodih pulak bila mengenangkan peristiwa nih), dikatakan lepas subuh, beliau berpakaian kemas poie pejabat macam tak ado apo-apo menakutkan... sapo ingat laie? yoooo.... kaum Chino KB berpesta!!!!! PESTA MAKAN DURIAN !! inilah yang terjadi. Banyak laie kisah-kisah yang mencarikkan adat ( luar biasa) berlaku di sanun.. itulah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru, Ulama dan idola pencinta Islam.

Bilo oghang nak bangkitkan sapo akan jadi MB akan datang, ese hibo bercakap perkaro ni. Kok boleh biarlah sampai akhir hayat dio selagi dio sihat dan masih mampu kona alip togak wau bengkok. Ese dulu suko yo kek Ustas Yahya Othman bekas exco Kelantan 1990-1994, dio nih bona-bona berilmu dan istiqomah dengan perjuangan. Hidup begitu sederhana dan tak ambik kesempatan atas jawatannya. Dio adalah naqib pimpinan yang unggul, mano poie ustaz nih?

Mengumpek musim ghayo

Balik ghayo baghu-baghu nih, lotih nak melayan jejuak omak mertua ese yang datang berkunjung ziarah oghang tuo tu. Kok datang kojap tak apo tapi ni terlantak sampai ko potang, sompek makan tongah aghi lak tu. Oghang tuo dahlah uzur mako bini ese dan anak-anak pompuan yang berkecapuih buek kojo. Ghayo aji pun dio oghang datang macam ghayo poso jo. Dalam sonyap-sonyap, den menyelinap laghi ikut pintu belakang beghayo kek rumah sahabat lamo dalam Pas.

Banyak bona pulak lalat-lalat kek ghumah dio, sampai masuk sekor duo dalam cawan minuman. Apo yang sompek bincangkan yolah isu politik semaso dan sanggahan dio tontang beberapo pimpinan Pas peringkat Kawasan, Dewan Ulama hinggolah Badan Perhubungan. Sebagai oghang lamo yang bersusah payah untuk mengidupkan Pas hampir 40 tahun kek neghori ni, sahabat tu melopehkan isihati atau isipoghut ae kek den. Dio cakap dari ateh hinggo ko bawah, ahli-ahli Pas la ni tak do disiplin dan tak cukup tarbiah. Bobudak mudo yang ado tu sumo belaja yo tinggi tapi lomah fahaman politik. Tak ado strategi dan pandai tak leh dikut dan bangang tak boleh diajar, dio cakap. Ese lindung-lindung cawan minuman dongan tapak tangan untuk ngelak dari tompieh air liur ae.

Ese harap apo yang ese bangkitkan dalam blog ese ni dapek membuko mato kepalo bebudak yang memimpin Pas neghori ni. Mintak maafla kalau terkasar bahaso dan anggaplah ini nasihat oghang lamo. Oghang lamo dah pueh menghodah belukar dan mongharuk payo untuk Pas, mungkin kok ado ilmu yang boleh dikongsi samo. Boto, ese tengok gigi palsu dio punya berkarat macam dulu yo.. kulit longan dan leher dio dah berkodut, kok 20 tahun dulu masih berkelaso badan ae.. pantang diajak ko hulu ko ilir, ko Longgeng, Ghambau, Mambau, Bahau, Kopih, Lui ko atau serato tompek dalam neghori ni, dio poie yo tak banyak tanyo. Dio bona-bona kojo untuk perjuangan ini. Cikgu Mansor Keliwon bokeh PJ kona sangat kek sahabat lamo nih.

Dio pertikai beberapo perkaro yang sobolum nih ese pun bangkitkan seperti ni:

a. Pemilihan kepimpinan peringkat Perhubungan Negeri/ Kawasan

Apo masalah ae dongan PJ bilo melantik pimpinan BPPNS tanpa mengambilkigho kowibawaan dan keperluan utamo dalam berorganisasi. Nampak macam ‘kebangangan’ dio cakap.. bilo melantik TPJ yang lomah dan kurang berilmu dalam pimpinan tertinggi. Kok milih oghang kanan pun tak ghoti abih macam mano nak mogang tampuk parti dan neghori? Yang sakit-uzur yo yang dipilih. Kawasan dio sendiri simpang poghenang dan banyak Cawangan lumpuh dan mampuih pendaftaran. Apo strategi ae mako 2 peneroka Felda dipilih jadi TPJ??? Terkolu lidah ese bila dio cakap gitu.. tak sangko dio boleh mikir sampai ko situ.. sah oghang tuo nih bacaan politik dan kojo berorganisasi ae lobih tinggi dari PJ yang menjelo ijazah tu.

Dio cakap, apo pulak PJ milih Ketua Penerangan ngalah badak tidur?? Tak ponah dalam sejarah Pas hatta mano-mano badan politik atau bukan politik yang milih ketuo penerangan jenih oghang lagu tu. Ado ko ketuo penerangan jadi luncai bisu ateh pentas dan tidur.. yo ko? Apo hubungan istimewo PJ dongan cikgu Asan nih? Macam mano nak monang kalau lomah dalam menguruskan organisasi yang bosa nih? Sobab itu, pemilihan PJ sebgai calon Bgan Pinang dianggap lucu oleh beberapo ahli Pas lamo. Pas Tlk Komang yang begitu lomah dan masuk bertanding… harakah pun tak ado jual kek pokan PD. Pilih pulak PJ dari oghang luar nak lawan Isa Pendek yang byk jaso ae kek PD. PJ yang banyak masalah di Kawasan Seremban nak tunjuk kuek kek tompek oghang. Sahabat tu tanyo, banyak mano Cawangan aktif dalam Dun Longgeng bawah kawalan PJ?

Dio cakap oghang kampung pun ghamai tak biaso dgn PJ ni.. sombong dio cakap. Buek ceramah asyik kek belakang ghumah dio yo… maso Cikgu Mansor keliwon dulu banyak kampung buek ceramah kek Longgeng. Ini menunjukkan dio tak pandai berpolitik dan tak diterimo oleh oghang melayu kampung.. sepatut ae, maso umno dan ADUN Longgeng tongah haru bighu ni, PJ pasang kekudo untuk bersilat tapi nampak ae ilmu silat dio senteng yo.

Kek Pilah dan Jelobu pun dio bideh samo… YDP sibuk kojo sendiri dan tak tumpu kek kojo organisasi. Lomah bona dio cakap… s/usaha Pilah duduk kek Melako (?) apo ni… tak ghoti politik langsung dio bideh laie.. ketuo penerangan si Karim tu yo yang terjolir lidah kojo. Dulu sapo jejuak yang memocahkan Pas Pilah selopeh praya 1999? Pas pilih dah cukup mantap dikoyak ghabak dek prasait jadi-jadian. Kek Jelobu, ayam tuo tu jugak yang dijulang oghang sodangkan gigi pun nak nak lughuh.. sakit dan bacaan kojo berorganisasi berado ditahap minima macam std peneroka klas paria.


b. Ahli kurang tarbiah

Sahabat lamo ni sontuh pulak ahli-ahli la ni kurang tarbiah. Usrah dan tamrin tak ado. Sojak kemasukan ahli-ahli baru era DSAI 1999, bermacam jonih ahli macam kambing dalam ghoban… kumpulan ni yang ghamai mimpin negori dan Kawasan sekarang!!! Apo tindakan untuk mulihkan ahli-ahli? Ghamai anak-anak ahli tak jadi ahli dan sokong Pas. Lombab boto dio lopeh geram.

c. Pas Seremban yang masih digantung tak bertali

Ni lagi satu yang polik dan memalukan!!! Apo PJ buek dan apo pulak dio sampai ati nak jahanamkan kawasan begini lamo. Gantung tak bertali… mana keikhlasan, prihatin dan kebijaksanaan PJ selaku amir utama yang diamanahkan oleh Pusat? Apo dia takutkan untuk pulihkan kawasan sendiri? Cemburu atau takut tombolang dibuko? Kenapa Pusat tutup mato dan milih PJ yang begini teruk untuk neghori kito? Kok bosa bona doso ahli-ahli Pas kawasan dan pimpinan ahli bughah Seremban, takkan nak biarkan Kawasan dibatalkan oleh Pertubuhan? Mana bijak ae keputusan songsang nih? Dio cakap Mat Penglima nak lompang yo PJ nih kalau terbukti perilaku dio tak monugheh…


Itulah sedikit yang dapek ese catitkan dari celotehan sesi potang maso ghayo baghu-baghu ni. Ese cumo melapor yo… kok salah maap yolah.. kok boto ekau pikir-pikir sendighi. Bueklah sesuatu yang boleh menguek dan memajukan parti kito.
Photo: agak ae macam nilah kelomahan Pas neghori?

Tok Sahak sepak Mat Asan

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai dari beberapa pimpinan Cawangan UMNO Taman Tuanku Jaafar, Seremban, mereka melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail telah menempelak ADUN Lenggeng YB Mustapha Salim yang memainkan peranan dalam melantik ketua-ketua kampung yang menetap di luar kawasan. Beliau juga dilaporkan terkejut menerima peringatan dari orang-orang YB Mustapha Salim yang melarang beliau memberi ceramah dalam kawasan Lenggeng.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Datuk Ishak Ismail adalah tokoh UMNO pro Tan Sri Isa Samad yang masih mengekalkan kerusi Ketua Bahagian Seremban. Beliau adalah tokoh kontroversi yang memeningkan YAB Datuk Seri Muhamad Hassan. Dalam perebutan kerusi peringkat Bahagian yang lalu, telah berlaku kekecohan yang menyebabkan beberapa perwakilan cedera akibat dibaling dengan kerusi.

Manakala YB Mustapha Salim adalah salah seorang wakil rakyat UMNO yang dalam siasatan pihak SPRM kerana dituduh menerima rasuah RM3,000 dari seorang kontraktor dan pihak berkenaan dikatakan telah memerangkap beliau ketika suapan itu berlaku. Malangnya, kes rasuah itu telah berlarutan sekian lama dan beberapa pihak mempertikaikan kewibawaan SPRM menangani kes ini.

Seorang ahli veteran PAS mempercayai kelewatan menangani kes rasuah itu ada kaitan dengan sumbangan kewangan Menteri Besar kepada Badan Sukan SPRM negeri.

“ Saya mendapat maklumat, MB sekarang sedang ditekan oleh kumpulan Isa Samad dan tidak mustahil satu rombakan luar biasa yang berlaku tidak lama lagi” dakwa beliau.

Kalangan UMNO pula begitu cemas jika bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad akan kembali mengambil pucuk pimpinan negeri dan Muhamad Hassan dikatakan akan ditarik ke Pusat untuk mengendur keadaan haru-biru dalam kepimpinan UMNO negeri sekarang. Beberapa rombakan yang melibatkan masa depan Ahli Parlimen dari negeri ini juga hangat diperkatakan.

Tuesday, November 24, 2009

Sosek ko Kaum Mudo?

Apo yang den nak sontuh kek sini tontang isu Kaum Mudo ( Wahabbi) yang dikatokan sosek ( sesat) atau bukan jamaah Islam. Sogham sojuk badan den bilo donga pak lobai yang mewakili syafieah menyorang kaum mudo. Den ghaso isu ni dah lamo bona dalam neghori kito hinggo puak minority kaum mudo kek Pilah sering dilutu kek pejabat agamo. Mufti sejak dulu-dulu lagi termasuk Syeikh Said al Linggi buek buku tontang bahayo fahaman ini. Orang-orang alim bermazhab semacam sepakat allergic dongan kaum mudo atau wahabbi nih. Tapi polik ae kek Perlis dan Kelantan tak pulak kogheh bona anti wahabbi. Kek Perlis, mufti, Ghajo dan majority penduduk dio ‘La Mazhab’ dan kek Kelantan ghamai tok guru jenih itu.

Den kebetulan pulak lahir dari perut yang dua kem ini. Omak dari puak kaum tuo ( syafieah) yang dikatokan puak muqalid-ikut-ikut dan ayah den pulak jenih berimamkan puak dari ‘surau tongah sawah’ kek Parit, Kuala Pilah. Dulu arwah ayah den selalu menempelak omak yang mintak buek kenduri doa selamat dan bertahlil, den tak faham laie tapi kalau ada kenduri dapek makan gulai labu dan ayam kampung lomak cili api. Uwan sedagho ( adik uwan den) kawin dongan atuk (ustaz) dari kaum mudo. Ghamailah sedagho-magho berbilang fahaman tapi masih makan sekuali atau sebelango iaitu tak timbul haram sembolihan. Kami masih aman damai dan kuek ikatan persaudaraan. Maso kumpulan atuk kono tindakan kek pejabat agamo, kami turut simpati. Akak omak yang sulung pun belajar dengan Lobai Maadah yang cukup terbilang tu. Maso den belajar kek ITM, ada subjek pendidikan Islam yang membincangkan ‘perniagaan salam’. Den rujuk kek atuk kaum mudo, dio tempelak den…

“ ngaku fahaman syafie ( den tak pasti adokah den bermazhab ko tidak) tapi buku Syafie tak baco” Atuk kenen den.

“ Poie ambik Al Umm jilid *** dan tengok bab perniagaan salam” Dio arahkan den ambik kitab Iman Syafie. Atuk cakap memang oghang mengaji kek Surau Tongah Sawah mahir kitab Syafie. Pengasas madrasah ni yolah Allahyarham Ustaz Hashim A. Ghani yang sangat kontroversi.




Itulah, kelobihan kaum mudo tu. Mungkin kerana itu mereka menempelak kaum tuo yang suko ikut-ikut (mukalid) dalam kerja ibadah sobab tak ngaji. Memang pun, kek kampung kojo-kojo bidaah dan tak ikut suruhan agamo. Makan kenduri lopeh oghang kampung mati memang dinanti-nantikan sobab bukan sonang nak makan bosa kecuali kalau musim oghang kawin atau sunat. Gerenti makan sodap punyo. Ahli keluago simati akan wajib menyiapkan juadah untuk gerombolan jamaah yang akan beratib malam tertentu. Sekarang kalau kito tanyo apo sobab kita jamu makan, dia cakap nak sedokah jariah. Tak kigho samada keluarga simati tu jenih papo kedano. Ini yang aruah ayah den tak suko. Atuk pulak kalau poie kenduri tahlil si mati, dio duduk komeh dan tutup mato. Maso jemaah beratib ikut gear pelahan ke laju.. atuk lolap mato macam tak mau terlibat dalam upacara tersebut.

Bilo ayah mati, maso nak tunggu ke siang. Para pengunjung bermalam buek bising dan berbual sambil mengisap rokok daun. Kok nak ditogo ( tegur) nanti apo pulak pandangan orang kampung. Mereka menghamaikan malam tu pun dah baik sangat. Maklumlah duduk kek kampung dikelilingi belentara hutan pokat, sojuk mencongkam sampai ke tulang. Den pun dapek idea supaya mereka buek tahlil bagi mengisi ruang masa dari memokak macam tu. Atuk terbeliak mato ae dan kaum tuo pulak cakap, aii.. mayat ateh ghumah laie kok malam esok bolehlah. Mungkin mereka sendiri tak pasti hukum adat mako mereka bertahlil dengan alunan rentak ala inang dan diakhiri rentak cak ku cak. Lopeh tu teh o panas disajikan oranglah.. biskut kering atau biskut mayat licin ateh piring.


Bilo kaum tuo terus hontam kaum mudo, den terfikir apo ko solat berimam syeikh kek dopan kaabah tu terbatal? Sobab rata-rata mereka dari puak wahabbi. Sampai bilo isu ini terus berbangkit sedangkan ghamai tok lobai kek Putrajaya dan pusat islam pun jenih wahabbi? Adakah mereka semua kafir? Dalam maso yang samo, adakah puak kaum mudo anggap kaum tuo terus buat bidaah sesat ?

Thursday, September 24, 2009

Bahtera yang hampir tenggelam

Baghu-baghu ni, YB Salahuddin Ayob naib presiden Pas cakap bahawa Almarhum Ust Fadhil Noor pernah sobut atau berdoa agar nyawo Mahathir bia panjang untuk melihat sendighi haghu-bighu lolongan jejuak BN dalam bahtera yang hampir tonggolam. Ese pun macam dah nampak tando-tando buritan bahtera BN yang terbocor. Nakhoda dio mabuk pertahan jawatan dan bergelumang dongan najis rasuah. Oghang melayu mulai tercolek mato dan pandai IT untuk dapekkan berito sensasi tontang haghu-bighu dalam kepimpinan negara. Kok dulu 'tradisi membela rakyat' tapi la ni bawah Najib yang serba selekeh dongan skandal-skandal yg memalukan bangso telah dipilih kek oghang umno yang sebangso dongan kito untuk mengemudikan negharo dan melayu umno. Kok buto ko matohati oghang umno hinggo memilih penyamun atau bajingan jadi ketuo?

Dah tak ado ko oghang lain? bonar ko cakap oghang kampung ese yang umno tak kisah sapo yang jadi ketuo. Sapo pandai temberang dan bijak menipu boleh dinaikkan. Lobai-lobai layak jadi baco doa yo. Tengok kalut bona umno untuk memilih calon kek Bgn Pinang nih, Isa pendek yang koyak ghabak baju dilontar kata hina sobab mewarisi gejala rasuah untuk ghobut jawatan masih dijulang sayang kek jejuak dio. UMNO neghori ni sarat dongan adu domba kalangan mereka. Ghamai meluat dongan pemimpin 3 beradik Mat Asan tu, Ishak gomok sodang mengintai nak melutu bebudak Mat Asan, Bebudak Isa tontu tak pueh ati jiko Isa ditolak. Yunus Ramat bonghoi tu macam menggilap namo.. asyik muko dio keluar dalam Sinar... yang lain-lain bangang yo nampak ae.. kalau Isa monang, apo nak jadi dalam dewan DUN?

Kalau Pas monang kek Bgn Pinang, omak oii... tolooooo lagi BN dapek. Tinggal 3 kerusi lagi untuk menjatuhkan pemerintahan 3 beradik.. kok masin mulut ese, mati lagi sekor lagi YB UMNO.. apo nak jadi jang oii.. ontah-ontah tongak nyawo ikan ni, katak-katak UMNO lompat... tak mustahil sobab YB umno dan ahli2 umno sumo ae gilo pangkat dan kebendaan. Kalau SPRM tulus, kes YB Longgeng yg rasuah tu biarlah diputuskan copek sikit. Hubaya, hubaya umno... bahtera nak nak karam oii... mano pelampung nyawo ekau?

Tuesday, July 21, 2009

Pandai biar boleh diikut

Onghang tuo kito dah koba ae.. kok pandai bia boleh diikut dan kok bangang bia boleh diajar. Tak tau bertanyo jangan sosek jalan dan ukur baju kek badan sendighi. Maaf yo mintak laluan sobab atuk oghang tuo belaja tak tinggi mano tapi dah pueh makan garam perjuangan, dah kematu tumit kaki dan apotah lagi uban pun dah macam bunga lalang. Pas neghori kito bertuah dapek anak sulung Dun Paroi dan kebotolan ese pun oghang lamo kek sini, kok dapek biarlah dapek nompang menyambut anak sulong sesudah kek 50 tahun menunggu... kok oghang lain tak taula tapi ese menitih airmato bilo dapek beghito monang kek Paroi. Lamo daa... syukur kek Allah SWT dongan pemberian ini. Dapek juo monang sobolum kubur kata mari.
Yang ese tak pueh ati tu bilo susah sangat oghang Dun Paroi nak jumpo YB kito dan nak caghi pejabat ae pun tak mano tah... ado donga dah ado pusat masyarakat tapi beghapo ghamai yang dapek caghi pejabat tu? inilah yang ghamai oghang ateh pagar merungut dan bilo donga kek telingo ese... bukan kepalang sodih ae ati sobab dah ado cakap-cakap tak sodap nak donga. Kok ado YB kito melilau kek tompek-tompek tertentu tapi tak sumo dapek berkonaan dan mengadu masaelah. Agak ae nak pogang Paroi ni soponggal jo ko? ese tau YB dan bobudak Pas banyak kojo dan sosek napeh nak caghi duit ... tapi YB dan Pas perlu tunjuk muko sadin kek oghang luar supaya pengundi kito tau YB Pas Paroi itu WUJUD!!!
Cagho mudah ae.. pejabat tu eloklah kek kawasan mudah dikunjungi atau nampak kek oghang. Mano talian paneh (hotline) YB? ni dah kek lobih setahun monang tapi suara gatal masih ado menafikan kewujudan YB kito. Kona fahamlah.. awak oghang baghu anak sulong dan jadi harapan sumo... pengundi kito kek Paroi bukan lain-lain tompek.. banyak kojo nak tunjuk kecomelan anak sulong.. cantik ko huduh ko... kok tak boduit pun jangan tunjuk pokai sangat tapi bukak pintu dan telefon untuk dokekkan pengundi kito.
Tolonglah donga cakap oghang!