Monday, June 29, 2009

Donga Cakap Oghang

Lamo bona tak bercakap tontang pas neghori. Bolum dapek moghintah laie dah ado haghu bighu dalam melobi ghobut amanah ( jawatan). Kok pueh disobut, kito berjuang dalam jamaah nih adolah tuntutan agamo dan jawatan tu amanah, bukan hadiah atau baghang pusako moyang nak dighobut. Maso sibuk berusrah dan ngikut tamrin dulu bukan tak ado pimpinan bagi tarbiah tapi nafsu duniawi kok masih bosaghang kek ati ahli-ahli? penyakit asad dongki dan ghaso ujub dighi macam terlokek laie, apotah laie kek ahli-ahli baghu lopeh era DSAI. Boduyun masuk tapi dio bawak tika bantal dan bujam busuk lamo ( fikrah UMNO) ke dalam Pas. Kok yang mudo dan insaf tapi dio oghang nih macam terlopeh dari program pentarbiahan dan tak berado dalam landehan yang boto ngikut acuan kepimpinan ulama.
Ese tengok, ahli-ahli pas dan kepimpinan setiap peringkat sobagian bosa masih ditakuk lamo dan jumud. Kotandusan bijak pandai agamo peringkat cawangan hinggo neghori masih nampak. Kumpulan ni ( ustaz) lobih bokopiah kopam(lamo) dan tak dapek memahami koperluan berjamaah dan kojo berorganisasi. Kok yang belaja tinggi pun dalam agamo masih bolum dapek pendodahan yang cukup. Mano-mano yang berjawatan dan pandai pun masih terghabo-ghabo caghi ruang untuk bagi sumbangan. Macam tak ado panduan yang direncana dari peringkat ateh untuk memudahkan bebudak cerdik pandai nih bersamo. Ese totap menyalahkan pimpinan neghori yang menutup pintu dari mendonga pandangan oghang lain. Ini menunjukkan masih ado halangan untuk bersamo dan apo yang boleh dibanggakan untuk mendekati masyarakat?
Kok oghang kampung tak ghoti ilmu berorganisasi dan memasang strategi untuk berpolitik dan berdakwah tak apo jugak tapi yang beghobut jawatan ( berilmu pulak) nih yang memoningkan kepalo. Agak ae ni yang kato oghang tuo " pandai tak leh diikut dan bangang tak leh diajar" abih macamano nak monang dan dapek bantuan Allah? Ese ghaso semuo pihak kono duduk memikir untuk koreksi diri. Jangan toba telingo untuk terima kritikan. Donga cakap oghang lain yang masak buek kojo jamaah. Ese tak nampak kejayaan program macam 'jom sertai pas' selaie masih ghamai anak-anak ahli buto mato kek pas, ado ahli bojinak dengan umno dan duduk parti lain. Sejauh mano kojo nak dokek bobudak siswa/i dan golongan remaja? sapo leader dan naqib peringkat pemudo dan muslimat?
PJ sepatut ae kono pikir 'luar kotak' dalam memandu jamaah. Jangan kunci pintu dan biarkan ghumah yang ado jadi usang, atap tighih, lantai makin dimakan bubuk. Kito tertanyo-tanyo apo nak jadi kawasan seghomban dah lamo bona macam tak ado omak bapak? ado apak tiri pun macam ado agenda nak perabih harto yo dan sanggup biar macam anak ayam kematian ibu. Koko bosa bona dosa oghang lamo dan ado dughi dalam daging, takkan tak leh nak pulihkan... ese nampak macam ado trend nak biarkan bondo ni berlarutan untuk kepentingan tertentu.. PJ patut bona cari jalan terbaik dan bukan tutup mato.
Ese harap tahun nih, ado perubahan dalam pimpinan neghori kito. Mano-mano TPJ dan ajk BPPNS perlu dituka konolah diganti baghu. Ambik yang ado pendidikan, sihat, istiqomah dgn jamaah dan bijak dalam berorganisasi. PJ perlu pelapis dan pembantu yang kuek dan disogani. Muko-muko baghu perlu difikirkan. TPJ dan ketua penerangan biar ado ketokohan. Oghang luar nak tengok ado keyakinan sikit menjelang praya ke 13 nanti. Susah sangat ko nak caghi pengganti dan yang terbaik? banyak bona cakap-cakap PJ milih main tangkap muat dan tak ado strategi. PJ tak ado idea dan isu yang boleh memanaskan pihak lawan... sepatutnya ado think-tank untuk mikir isu-isu dan caghi maklumat. Cubo wujudkan medan/ ruang untuk oghang lain bagi pandangan dan kritikan agar kito dapek baco maklumat dan pandangan lain. Ese harap semuo buko mato dan telingo demi memantapkan perjuangan. Apo strategi untuk memimpin NS bilo praya akan datang, atau kito serah yo kek rakan-rakan PR? mano DUN yg kito sasarkan dan apo tindakan tersusun untuk jayokan cito-cito?