Tuesday, November 24, 2009

Sosek ko Kaum Mudo?

Apo yang den nak sontuh kek sini tontang isu Kaum Mudo ( Wahabbi) yang dikatokan sosek ( sesat) atau bukan jamaah Islam. Sogham sojuk badan den bilo donga pak lobai yang mewakili syafieah menyorang kaum mudo. Den ghaso isu ni dah lamo bona dalam neghori kito hinggo puak minority kaum mudo kek Pilah sering dilutu kek pejabat agamo. Mufti sejak dulu-dulu lagi termasuk Syeikh Said al Linggi buek buku tontang bahayo fahaman ini. Orang-orang alim bermazhab semacam sepakat allergic dongan kaum mudo atau wahabbi nih. Tapi polik ae kek Perlis dan Kelantan tak pulak kogheh bona anti wahabbi. Kek Perlis, mufti, Ghajo dan majority penduduk dio ‘La Mazhab’ dan kek Kelantan ghamai tok guru jenih itu.

Den kebetulan pulak lahir dari perut yang dua kem ini. Omak dari puak kaum tuo ( syafieah) yang dikatokan puak muqalid-ikut-ikut dan ayah den pulak jenih berimamkan puak dari ‘surau tongah sawah’ kek Parit, Kuala Pilah. Dulu arwah ayah den selalu menempelak omak yang mintak buek kenduri doa selamat dan bertahlil, den tak faham laie tapi kalau ada kenduri dapek makan gulai labu dan ayam kampung lomak cili api. Uwan sedagho ( adik uwan den) kawin dongan atuk (ustaz) dari kaum mudo. Ghamailah sedagho-magho berbilang fahaman tapi masih makan sekuali atau sebelango iaitu tak timbul haram sembolihan. Kami masih aman damai dan kuek ikatan persaudaraan. Maso kumpulan atuk kono tindakan kek pejabat agamo, kami turut simpati. Akak omak yang sulung pun belajar dengan Lobai Maadah yang cukup terbilang tu. Maso den belajar kek ITM, ada subjek pendidikan Islam yang membincangkan ‘perniagaan salam’. Den rujuk kek atuk kaum mudo, dio tempelak den…

“ ngaku fahaman syafie ( den tak pasti adokah den bermazhab ko tidak) tapi buku Syafie tak baco” Atuk kenen den.

“ Poie ambik Al Umm jilid *** dan tengok bab perniagaan salam” Dio arahkan den ambik kitab Iman Syafie. Atuk cakap memang oghang mengaji kek Surau Tongah Sawah mahir kitab Syafie. Pengasas madrasah ni yolah Allahyarham Ustaz Hashim A. Ghani yang sangat kontroversi.




Itulah, kelobihan kaum mudo tu. Mungkin kerana itu mereka menempelak kaum tuo yang suko ikut-ikut (mukalid) dalam kerja ibadah sobab tak ngaji. Memang pun, kek kampung kojo-kojo bidaah dan tak ikut suruhan agamo. Makan kenduri lopeh oghang kampung mati memang dinanti-nantikan sobab bukan sonang nak makan bosa kecuali kalau musim oghang kawin atau sunat. Gerenti makan sodap punyo. Ahli keluago simati akan wajib menyiapkan juadah untuk gerombolan jamaah yang akan beratib malam tertentu. Sekarang kalau kito tanyo apo sobab kita jamu makan, dia cakap nak sedokah jariah. Tak kigho samada keluarga simati tu jenih papo kedano. Ini yang aruah ayah den tak suko. Atuk pulak kalau poie kenduri tahlil si mati, dio duduk komeh dan tutup mato. Maso jemaah beratib ikut gear pelahan ke laju.. atuk lolap mato macam tak mau terlibat dalam upacara tersebut.

Bilo ayah mati, maso nak tunggu ke siang. Para pengunjung bermalam buek bising dan berbual sambil mengisap rokok daun. Kok nak ditogo ( tegur) nanti apo pulak pandangan orang kampung. Mereka menghamaikan malam tu pun dah baik sangat. Maklumlah duduk kek kampung dikelilingi belentara hutan pokat, sojuk mencongkam sampai ke tulang. Den pun dapek idea supaya mereka buek tahlil bagi mengisi ruang masa dari memokak macam tu. Atuk terbeliak mato ae dan kaum tuo pulak cakap, aii.. mayat ateh ghumah laie kok malam esok bolehlah. Mungkin mereka sendiri tak pasti hukum adat mako mereka bertahlil dengan alunan rentak ala inang dan diakhiri rentak cak ku cak. Lopeh tu teh o panas disajikan oranglah.. biskut kering atau biskut mayat licin ateh piring.


Bilo kaum tuo terus hontam kaum mudo, den terfikir apo ko solat berimam syeikh kek dopan kaabah tu terbatal? Sobab rata-rata mereka dari puak wahabbi. Sampai bilo isu ini terus berbangkit sedangkan ghamai tok lobai kek Putrajaya dan pusat islam pun jenih wahabbi? Adakah mereka semua kafir? Dalam maso yang samo, adakah puak kaum mudo anggap kaum tuo terus buat bidaah sesat ?

3 comments:

  1. Pak Pahat Pusako,
    Tulisan Pak PP sungguh indah. Agaknya Pak PP ni seorang penulis. Apa yang Pak PP utarakan memang menjadi penilaian di dalam kepala saya selama ini. Saya bukanlah pandai sangat tentang ugama. Pasal menghafal ayat-ayat Qur'an tu memang gelap betul kepala hotak saya ni. Hadis-hadis pun setakat ingat-ingat lupa. Namun begitu saya kuat membaca. Pendek kata semuanya saya baca. Jadi sedikit sebanyak saya dapat memahami tentang hidup di alam ini, di alam barzah dan akhirat.
    Saya lebih berminat mengikut perintah-perintah di dalam Qur'an dan hadis Nabi junjungan kita sahaja. Tentang mazhab-mazhab pun bagi saya kita ambil yang mudah ajelah. Perkara-perkara yang menyusahkan tak payahlah kita buat. Tapi kalau sanggup, buatlah. Yang utama kita mahu seramai mungkin umat manusia beriman kepada Islam.
    Manusia hidup di merata pelusuk dunia. Ada tempat di mana manusia hidup keadaannya amatlah senang seperti di Malaysia. Campak aje batang ubi ia akan tumbuh tanpa dijaga. Ikan berlambak di sungai dan sawah. Tetapi ada tempat tu amatlah azabnya keadaannya; bukan di padang pasir tetapi di kutub-kutub dunia atau puncak-puncak gunung. Di tempat-tempat itu sejuk nya boleh membuatkan air beku dalam beberapa minit sahaja! Kayu api tak ada. Makanan tak ada. Air batu banyak tetapi ia boleh membunuh dengan sejuknya! Jadi maksud saya, orang-orang Islam di sini perlu sesuaikan diri untuk hidup di situ dan mengamalkan cara kehidupan Islam yang bersesuain. Sandaran kehidupan mereka bolehlah diambil dari mana-mana pendapat mazhab itu.
    Di Malaysia ni walaupun kehidupan senang namun manusianya dari berbilang kaum, bangsa, keturunan, agama, pendapat dan macam-macam lagi. Kita tidak boleh jumud dengan cara kehidupan di Mekah pada zaman nabi dahulu. Kita mesti sesuaikan dengan kehidupan kita dengan keadaan di zaman ini. Barulah boleh dikatakan Islam mengikut zaman.
    Kita berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai oleh bijak pandai Islam di suatu masa dahulu, dalam bidang perubatan, astronomi dan sains. Tetapi apa jadi sekarang? Mengapa sekarang orang-orang Islam terbenam? Dari pembacaan saya, saya dapati di zaman kemajuan Islam dahulu, bijak pandai Islam itu mengikut betul-betul ajaran Qur'an dan Hadis. Mereka berani meneroka alam dan ilmu baru. Mereka mentelaah tulisan-tulisan Greek lama. Mereka mendalami ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh pemikir-pemikir Greek dahulu seperti Aristotle, Pluto dan semuanya. (Kalau diikutkan amalan ulamak-ulama tua sekarang, itu semua tidak boleh! Bidaah! Haram!)
    Tetapi sayang sekali lama kelamaan muncullah puak-puak yang menyeleweng di satu pihak, dan puak-puak yang jengkel dengan apa yang dilakukan oleh puak-puak yang menyeleweng itu di pihak yang lain. Puak yang menyeleweng itu telah mempergunakan Islam untuk kepentingan diri, sanak saudara dan kroni-kroni mereka sahaja. Mereka menghalalkan segala perbuatan mungkar mereka. Mereka cipta ulamak-ulamak yang menghalalkan perbuatan mereka. Rakyat jelata yang tidak mempunyai kuasa teraniaya! Ini adalah kesah klasik yang telah terjadi berulang-ulang, zaman berzaman dari zaman Nabi Adam sehinggalah ke hari ini; dalam tamaddun apa sahaja semuanya sama! Jadi, bangkitlah golongan yang menentang kezaliman ini. Oleh kerana mereka ramai lalu, walaupun pada awalnya mereka kalah tetapi lama kelamaan mereka menang juga.
    Saya berhenti dahulu di sini. Saya akan sambung lagi...

    Ash Burn Tanjong Kling

    ReplyDelete
  2. Saya sambung sedikit lagi:

    ...Akhirnya mereka menguasai pemerintahan atau sekurang-kurangnya mempunyai pengaruh yang kuat lalu mereka mengharamkan segala bentuk penyelidikan sains dan kemajuan-kemajuan lain untuk kehidupan. Hanya perkara-perkara yang berkait dengan kematian dan kehidupan di akhirat sahaja yang dibicarakan. Bermacam ulamak muncul untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Kadang-kadang hujah-hujah mereka adalah perkara-perkara yang diada-adakan yang bersandarkan "untuk kebaikan" atau tahyol-tahyol semata-mata. Orang ramai yang jahil agama telah dimomok-momokkan dengan pembalasan Tuhan dan sebagainya jika tidak menerima ajaran mereka lalu ia menjadilah seperti sekarang di mana amalan-amalan yang tidak pernah Nabi atau para sahabat mereka lakukan atau syorkan telah menjadi amalan kehidupan orang-orang Islam.
    Saya tidak mahu pergi jauh mengenai amalan-amalan itu kerana ia telah banyak diperkatakan oleh penulis-penulis lain. Yang jelasnya, kita tidak perlu mengikut secara membabi buta amalan-amalan yang diminta dilakukan oleh sebahagian orang-orang agama Islam termasuk ulamak-ulamak mereka jika ianya menyusahkan dan tidak diamalkan oleh Nabi sendiri, yang tidak terdapat nasnya dalam Qur'an juga yang tidak pernah disebut oleh Nabi. Dengan ini diharap umat Islam yang lemah sangat dengan ajaran Islam tidak mudah bertindak keluar dari Islam, kerana kata mereka susah sangat hidup dalam Islam! Sepatutnya kita dekati mereka dan pandu mereka cara hidup yang simple dalam Islam. Sedikit demi sedikit kita tarik mereka kepada cara hidup Islam yang lebih bermakna.
    Begitu juga bila kita nak menarik manusia-manusia yang belum lagi memeluk Islam supaya mereka memeluk Islam atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi Islam. Jangan ditakutkan dengan "Haram!" "Haram!" "Haram!" Habis cabut lari mereka semua. Atau memaksa mereka melakukan amalan-amalan yang berlebih-lebihan yang hanya dituntut oleh ulamak-ulamak sahaja tetapi amat memeritkan saudara-saudara baru Islam. Jangan lupa bahawa kitalah yang akan menanggung dosa di atas kekafiran mereka kerana kita yang menyebabkan mereka menjauhkan diri dari Islam! (Pada pandangan saya, di antara bala yang telah diturunkan Tuhan dalam zaman kita ini ialah kerana orang-orang yang kuat agama Islam telah menjadikan lebih ramai orang menjadi kafir atau memalingkan muka mereka dari Islam atau mengutuk dan menghina Allah! Adakah begitu cara Nabi memujuk orang-orang kafir dan sekitar tanah Arab itu supaya menerima Islam itu dahulu? Fikir-fikirkanlah...)
    Bagi yang kuat agama mereka bolehlah amalkan cara hidup Islam yang lengkap. Tak payah diajarpun mereka akan cari sendiri jalan yang lurus dan benar.
    Saya dapat menulis setakat ini sahaja buat masa ini. Insyaallah saya akan menulis lagi kerana seorang bekas Mufti telah dimalukan oleh anggota agama yang sama! Patutkah perkara ini berlaku? Kita patut sedarkan orang-orang yang memegang tampuk kuasa itu bahawa perbuatan dan tindakan mereka menjadi perhatian dan perbualan umum. Kita tidak fikir tindakan mereka wajar dan berlandaskan Islam. Mereka sepatutnya bertindak bijak dan betul-betul mengikut ajaran Nabi; bukan mendabik dada "Aku lepasan Al-Azhar dan aku boleh buat apa yang aku suka!" serta jangan bertindak mengikut fahaman politik masing-masing. Seperti mana kaki tangan kerajaan di mana-mana jabatan, mereka tidak boleh mencampur adukkan fahaman politik mereka dengan tugas dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara!

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Harap kunjungi http://gerbangkeadilankp.blogspot.com atau http://almizaan.wordpress.com

    ReplyDelete